Tuesday, May 23, 2017

GROUP PERTAMA DARI IDS




Alhamdulillah, mereka ini adalah group pertama yang telah tamat pengajian mereka di Institute Of Darul Shabab Cambodia (I.D.S) peringkat diploma dakwah dan perguruan, alhamdulillah mereka sedang bergerak aktif di medan medan seperti mengajar di sekolah sekolah, dakwah dan motivasi di perkampungan juga ekonomi Islam dan kesihatan.



IDS yang telah di tubuhkan oleh saya sendiri pada tarikh  12/12/2012 dengan duit sendiri juga sahabat sahabat yang belajar bahasa arab dengan saya melalui whatsapp alhamdulillah telah berjaya membentuk satu group aktivis Islam di Cambodia.

Semoga para penyokong dan para penyumbang mendapat pahala jariah berterusan dari Allah swt di dunia 
dan selepas mati. 



Pada bulan 07/2017 kami akan mengambil group ke dua pulak harap sama sama kita berdoa dan memberi sokongan dari semua aspek, semoga Allah swt membalas kita dengan Syurga, amin...

Terima kasih.

أيها المتخرج من الدراسات الاسلامية

"أيها المتخرج من الدراسات الاسلامية، كن مفكرا ولا تكن مقلدا لمن قبلك الذين لا يؤثرون في المجتمع"
- لقد تخرج أناس كثير من الدراسات الاسلامية مع ذلك تكثر أيضا أنواع المعاصي و الآثام.
- لقد تعدد طرق ووسائل تخريب الشباب و المجتمع من قبل أعداء الاسلام و نحن مازلنا بنفس الوسيلة و الطريقة منذ مئات السنين، فلهذا دعواتنا لا تؤثر في المجتمع الحالي، لأننا لا نعرف الدعوة بالحال.
- لقد شوهوا الاسلام ونحن بأخلاقنا و أقوالنا و أفعالنا نشوه الاسلام معهم.
- لقد جعلنا الدين بضائع للتجارة وكسب المال فلهذا يتسابق الخريجين من الدراسات الاسلامية بعضهم البعض و يتخاصمون فيما بينهم كما يتسابق التجار في تسويق بضائعهم في الأسواق.
- تساوينا بين الداعية الناجح و التاجر الناجح هو من عنده أموال كثيرة وسيارة فاخرة و بيت كبير.
- نمدح الداعية الذي عنده شهادة عالية، وأموال طائلة و سيارة فاخرة وبيت كبير ولو هذا الداعية لا يغيير المجتمع الى أحسن حال، دينا و خلقا و نظافة و تجارة ... كما نمدح التاجر الناجح نظرا لشهادته و أمواله و سيارته الفاخرة و بيته الكبير بغض النظر عن بضائعه التي تؤثر سلبا على المجتمع.
اللهم اجعلنا من الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه ويجعلنا من الذين يغييرون الأمة الى أحسن حال ونعيد العزة.
 اللهم غيير مناهج الدراسات الاسلامية في الجامعات الاسلامية في كل أنحاء العالم الى مناهج أجدادنا السابقين الذين يدرسون الدين الاسلامي و يخترعون به قواعد و أسس التكنالوجيا والطب لنهضة الأمة و العالم.
 آمين يا مجيب الدعوات.
أخوكم: محمد كوثر

Monday, January 2, 2017

KENAPA AKHLAK RAKYAT BARAT ATAU KOREA ATAU JEPUN BAIK DAN NEGARA MEREKA MAJU...

Perbualan antara ustaz dan murid part (1)

👉Murid: 
Ustaz kenapa negara barat dan Jepun atau Korea ni maju dan rakyat mereka pun baik, jujur dan bersih dan dan dan...?
👉 Ustaz: 

Ada dua sebab yang amat penting bagi kita semua kena tahu,

  Sebab (1) Pada tahun 1085 M, kejatuhan Toledo di Andalusia atas tangan barat ketika itu barat terkejut dengan kemajuan, ilmu dan cara hidup orang Islam, dan kejatuhan Toledo ini juga adalah titik permulaan bagi barat mula mengenal dunia Islam.
Pada tahun 1099 M kejatuhan Al-Quds dan ketika itu juga barat bertambah terkejut dengan kemajuan negara Islam dari segi ilmu dan cara hidup orang Islam, pada tahun yang sama juga barat bermula terjemah buku buku akhlak, sains dan semua buku buku ke bahasa Latin, English dan lain lain lagi bahasa, sebab itu lah mereka mula maju dan buku buku sains yang paling yang tertulis dalam bahasa arab tu masih ada lagi di perpustakaan perpustakaan di barat.
  Sebab ke (2) adalah Sabda Rasulullah saw: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fithrah. Kemudian kedua ibu bapa nya yang akan menjadikan anak itu menjadi Yahudi, Nashrani atau Majusi" maka jika seseorang anak itu membesar dalam persekitaran yang aman, jujur, bersih dan damai maka terpelihara lah dan besar juga lah Fitrah Islam yang sedia ada dalam diri setiap anak itu, patut lah kadang kadang kita nampak akhlak dan kejujuran rakyat barat atau Jepun ini seolah olah mereka pernah belajar Akhlak Islam.

APA ERTI JAGA HATI...

Luaran dan amalan manusia akan mencerminkan sama ada hati itu baik atau jahat. 
Kerana itu lah Allah swt melihat hati manusia dan mengambil berat tentang hati.

Rasulullah Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;

1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.